POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED
ISMAIL
NAMA
AHLI:
1.
SUDARANI NAIR MOGAN { 33DTM15F2023 }
2.
SHANTHA KUMARHI ELLAPPA KOUNDAN { 33DPE15F2029 }
3.
KANIMOLY GUNALAN { 33DPE15F2028 }
4.
JAYASUTHA ELLAPPA KOUNDAN {33DPE15F2007 }
KHUSUS
:
{ DUB 2015 }
NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
NAMA
PENSYARAH:
EN. MOHD NOOR
ZAIDI BIN ZAWAWI
TAJUK
:
PERANAN
INDIVIDU TERHADAP NEGARA- ISU PENYALAHGUNAAN DADAH
ISI KANDUNGAN
BIL
|
TAJUK
|
MUKASURAT
|
1.
|
OBJEKTIF
|
3
|
2.
|
PENGENALAN
|
3
|
3.
|
JENIS –
JENIS DADAH
|
4
|
4.
|
FAKTOR
BERLAKU PENYALAHGUNAAN DADAH
|
5
|
5.
|
KESAN
TERHADAP NEGARA SERTA LANGKAH MENGATASI
|
6
|
6.
|
KESIMPULAN
|
8
|
7.
|
RUJUKAN
|
8
|
8.
|
LAMPIRAN
|
9
|
OBJEKTIF
1. HURAIKAN
JENIS –JENIS DADAH
2. FAKTOR
BERLAKU PENYALAHGUNAAN DADAH
3. KESAN
TERHADAP NEGARA SERTA LANGKAH MENGATASI
Dadah
dimaksudkan sebagai ubat-ubatan. Perkara penting mengenai dadah ialah ianya
selalu disalahguna. Selain itu, dadah juga bermaksud bahan yang digunakan untuk
merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubahsuai proses kimia di dalam
badan untuk tujuan tertentu. Walaubagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan
dianggap dadah. Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap
sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu
(contohnya kafeina sebagai perangsang).
Dari
sudut agama, dadah juga dibincangkan secara khusus. Di dalam kitab suci
Al-Quran, istillah “Khamar” yang diharamkan digunakan bagi semua bahan yang
memabukkan atau boleh menghilangkan fikiran. Oleh yang demikian, dadah boleh
dikategorikan sebagai salah satu jenis “Khamar” kerana ia boleh memabukkan,
mengkhayalkan, menyebabkan penagihan, perubahan tingkah laku, emosi dan
pemikiran.
Secara umumnya, dadah
bermaksud sesuatu bahan kimia yang psikoaktif, samada berbentuk asli atau
tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap
atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang dari segi fizikal atau mental.
JENIS – JENIS DADAH
1.
Narkotik / Opait (Heroin, Morfin, Candu, Kodien & Metadon)
2.
Perangsang / Stimulants (Amfetamin, Methamfetamin, Ecstasy & Kokain)
3.
Penekanan / Depressants (Barbiturat, Trankuilizer, Alkohol)
4.
Hallucinogen (LSD, PCP, Meskalin, Psilosibin)
5.
Cannabis (Ganja, Hashish & Marijuana)
FAKTOR BERLAKUNYA
PENYALAHGUNAAN DADAH
Terdapat
beberapa faktor penglibatan penyalahgunaan dadah terutamanya di kalangan
remaja. Antaranya ialah:
1.
Kekurangan Perhatian Daripada Ibu Bapa
Hal
ini memang tidak dapat dinafikan terutamanya dalam era mengejar kesenangan
hidup pada hari ini. Para ibu bapa sentiasa sibuk mencari nafkah bagi menampung
kehidupan serta menyediakan keperluan asas yang bertaraf tinggi untuk keluarga.
Secara tidak langsung, masa yang sepatutnya diluangkan bersama anak-anak menjadi
terhad. Hal ini akan mengakibatkan remaja menikmati kebebasan yang keterlaluan
kerana kegiatan mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa. Lama-kelamaan,
kebebasan yang dikecapi akan membawa mereka ke lembah penagihan najis dadah.
2.
Pengaruh Rakan Sebaya
Hal
ini demikian kerana kebanyakan masa remaja diluangkan bersama dengan rakan
sebaya mereka. Oleh itu, pemilihan rakan yang sesuai haruslah dilakukan dengan
bijaksana oleh setiap remaja. Sekiranya rakan sebaya yang digauli oleh mereka
terlibat dalam pengambilan dadah, secara tidak langsung mereka sendiri akan
terikut-ikut dengan sikap rakan mereka.Budaya ini harus dikikis kerana hanya
akan menyebabkan gejala ini menjadi lebih serius. Para remaja perlu bersikap
rasional pada setiap masa.
3.
Tekanan
Kini,
remaja bukan hanya berhadapan dengan cabaran untuk belajar di sekolah
semata-mata. Harapan yang tinggi oleh ibu bapa agar mereka mencapai prestasi
yang cemerlang dalam pelajaran telah menjadi suatu tekanan yang hebat kepada
remaja. Selain menghadiri kelas di sekolah, mereka terpaksa menghadiri
kelas-kelas yang lain seperti kelas tuisyen, muzik, tarian, seni pertahanan
diri dan sebagainya bagi memenuhi kehendak ibu bapa. Akibatnya, mereka tidak
mempunyai masa yang tersendiri untuk beristirahat dan melakukan hobi yang
digemari oleh mereka. Tekanan ini akan mendorong mereka mengambil dadah kerana
kononya ingin mencari ketenangan jiwa. Mereka berpendapat bahawa pengambilan
dadah dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka dalam sekelip mata
sahaja.
4.
Kurang Pendidikan Agama
Pada
masa sekarang, kebanyakkan remaja yang terlibat dengan dadah adalah disebabkan
oleh kurangnya pendidikan agama. Hal ini berlaku kerana ibubapa tidak memberi
perhatian kepada anak mereka. Tambahan lagi, dalam dunia moden ini remaja
terdedah dengan gejala-gejala sosial yang boleh merosakkan akal fikiran mereka.
Kurangnya pendidikan agama menyebabkan remaja sesuka hati melakukan perkara
yang telah dilarang oleh agama. Oleh itu, pendidikan agama amatlah penting bagi
menghalang atau menghindari dari perbuatan yang dianggap hina.
5.
Pengaruh Media Cetak Dan Media Elektronik
Pada
masa kini, remaja terdedah dengan media cetak dan media elektronik. Hal ini
adalah kerana melalui kedua-dua media ini dapat memberikan maklumat atau bahan
yang tidak diperolehi di sekolah mahupun di dalam buku teks sekolah. Walaubagaimanapun,
kedua-dua media ini juga memberi pengaruh yang amat besar terhadap remaja
hingga boleh mengubah tingkah laku serta akal fikiran mereka. Remaja bertindak
melulu tanpa memikirkan perkara yang dibuat itu betul atau salah.
KESAN TERHADAP NEGARA SERTA
LANGKAH MENGATASI
Terdapat
pelbagai kesan penyalahgunaan dadah terhadap negara . Antaranya ialah:-
KESAN:
1.
Kesan terhadap ekonomi
Kerajaan
terpaksa menanggung kos yang tinggi. Kos nyata termasuklah kos menyediakan
kemudahan rawatan dan pemulihan penagih dadah. Seturusnya, kos bagi
menyelenggara program-program pencegahan. Kos menuruskan kegiatan
penguatkuasaan seperti menambahkan bilangan anggota polis, kakitangan jabatan
penjara dan hospital. Manakala, kos tidak nyata menyebabkan kerugian yang lebih
besar yang mana sukar ditentukan jumlahnya, ketakutan dan kekecewaan yang
dialami oleh masyarakat.
2.
Kesan terhadap kesihatan Negara
Penagihan dadah membawa
risiko HIV/AIDS, dan sawan. Hal ini kerana, mereka menggunakan alat suntikan
yang dikongsi dengan penagih lain. Selain itu, penagih dadah dikaitkan dengan
penyakit psikosis dan ketidakstabilan. Hal ini, mendorong perkara diluar
jangkaan seperti merompak, meragut, merogol dan membunuh. Keadaan ini,
menjatuhkan imej negara dan pelaburan asing tidak berani untuk melabur di
negara kita.
LANGKAH :
Terdapat
pelbagai langkah untuk menghindari dari kegiatan penyalahgunaan dadah supaya ia
berkurang dan kalau boleh di hapuskan sama sekali. Antaranya ialah:-
1.
Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat.
Misalnya
memberi hukuman mati (gantung) bagi pengedar dadah.Tanpa pengedar dadah sudah
tentu penagih akan sukar memperolehi bekalan dadah. Begitu juga, penagih dadah perlu
dikenakan hukuman yang berat.Sebagai contoh, hukuman minima adalah 20 tahun
penjara dan 15 kali sebat dan hukuman maksima pula adalah 30 tahun
penjara dan 15 kali sebat. Jika melebihi daripada 50 gram dadah akan
dikenakan hukuman mati (gantung). Manakala kesalahan bagi memakan dadah di
bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah Penggal 27, boleh dijatuhkan
hukuman maksima 10 tahun penjara atau RM20,000.00 atau kedua-duanya sekali.
2.
Melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah.
Pihak
yang berkenanaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam usaha untuk membanteras
isu penyalahgunaan dadah perlu mengadakan pendidikan untuk mencegah. Sebagai
contoh, mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran dan
sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memberi informasi, pengetahuan serta
kefahaman kepada masyarakat terutama golongan remaja tentang bahaya dadah dan
kesedaran mereka. Selain itu, pihak yang berkenaan boleh mengadakan aktiviti
ko-kurikulum seperti perkhemahan motivasi.
3.
Perlu mewujudkan kerjasama antara orang awam dan kerajaan.
Hal
ini bertujuan orang awam dan kerajaan sentiasa berganding bahu untuk
membanteras isu penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa terutama di
kalangan golongan remaja. Sebagai contoh, masyarakat dan pihak kerajaan perlu
prihatin serta bertindak segera dalam melaporkan kegiatan-kegiatan yang
mencurigakan. Ibu bapa perlu mengawasi dan bertanggungjawab dalam menjaga
anak-anak mereka. Selain itu, kawalan kastam yang ketat perlu dilaksanakan.
4.
Penubuhan pusat pemulihan.
Pihak
kerajaan juga telah menubuhkan pusat pemulihan yang bertujuan untuk memberi
rawatan kepada penagih dadah. Sebagai contoh, kerajaan Brunei telah menubuhkan
sebuah pusat pemulihan yang dikenali sebagai Pusat Al-Islah untuk merawat serta
memulihkan pemikiran mental serta tingkah laku mereka kepada jalan yang
benar.
KESIMPULAN
Kesimpulannya,
dadah membawa banyak kesan yang buruk.Pengalahaangunaa dadah yang berpunca
daripada banyak faktor mengakibatkan masalah sosial berlaku. Oleh itu, semua
pihak hendaklah berganding bahu dan mengatur strategi untuk mengatasi masalah
ini yang dianggap musuh utama Negara. Antaranya pihak yang bertanggungjawab
terutamanya pihak kerajaan hendaklah mengatur langkah untuk menangani masalah
tersebut. Namun ia tidak akan berjaya sekiranya kita sebagai rakyat tidak mahu
berkerjasama untuk menbanteras. Ibu bapa perlu membimbing anak-anak mereka
supaya menjauhi dadah. Kita perlu insaf bahawa masalah dadah boleh membebankan
keluarga dan Negara. Akhirnya kita haruslah terus memerangi dadah agar
masyarakat kita tidak menjadi lemah.
RUJUKAN
http://ms.wikipedia.org/wiki/Dadah
Dadah Mengapa Harus Di Jauhi : Penyalahgunaan dan Kesan Buruknya , Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Biro Kawalan Narkotik , Jabatan Perdana Menteri.
Dr Sabitha Marican dan Dr Mahmood Nazar Mohamed, Remaja Bebas Dadah : Peranan Remaja, Ibubapa dan Masyarakat ,2009.
Dadah Mengapa Harus Di Jauhi : Penyalahgunaan dan Kesan Buruknya , Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Biro Kawalan Narkotik , Jabatan Perdana Menteri.
Dr Sabitha Marican dan Dr Mahmood Nazar Mohamed, Remaja Bebas Dadah : Peranan Remaja, Ibubapa dan Masyarakat ,2009.
LAMPIRAN
SEKIAN TERIMA KASIH................