Friday, 7 October 2016









POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED ISMAIL

NAMA AHLI:
1.        SUDARANI NAIR MOGAN { 33DTM15F2023 }
2.      SHANTHA KUMARHI ELLAPPA KOUNDAN { 33DPE15F2029 }
3.      KANIMOLY GUNALAN { 33DPE15F2028 }
4.      JAYASUTHA ELLAPPA KOUNDAN {33DPE15F2007 }
KHUSUS :
{ DUB 2015 } NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
NAMA PENSYARAH:
EN. MOHD NOOR ZAIDI BIN ZAWAWI
TAJUK :
PERANAN INDIVIDU TERHADAP NEGARA- ISU PENYALAHGUNAAN DADAH



ISI KANDUNGAN

BIL
TAJUK
MUKASURAT
1.    
OBJEKTIF
3
2.    
PENGENALAN
3
3.    
JENIS – JENIS DADAH
4
4.    
FAKTOR BERLAKU PENYALAHGUNAAN DADAH
5
5.    
KESAN TERHADAP NEGARA SERTA LANGKAH MENGATASI
6
6.    
KESIMPULAN
8
7.    
RUJUKAN
8
8.    
LAMPIRAN
9


OBJEKTIF
1.  HURAIKAN JENIS –JENIS DADAH
2.  FAKTOR BERLAKU PENYALAHGUNAAN DADAH
3.  KESAN TERHADAP NEGARA SERTA LANGKAH MENGATASI

PENGENALAN

Dadah dimaksudkan sebagai ubat-ubatan. Perkara penting mengenai dadah ialah ianya selalu disalahguna. Selain itu, dadah juga bermaksud bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubahsuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan tertentu. Walaubagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah. Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang).
Dari sudut agama, dadah juga dibincangkan secara khusus. Di dalam kitab suci Al-Quran, istillah “Khamar” yang diharamkan digunakan bagi semua bahan yang memabukkan atau boleh menghilangkan fikiran. Oleh yang demikian, dadah boleh dikategorikan sebagai salah satu jenis “Khamar” kerana ia boleh memabukkan, mengkhayalkan, menyebabkan penagihan, perubahan tingkah laku, emosi dan pemikiran.
Secara umumnya, dadah bermaksud sesuatu bahan kimia yang psikoaktif, samada berbentuk asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang  dari segi fizikal atau mental.








JENIS – JENIS DADAH

Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian.
1.    Narkotik / Opait (Heroin, Morfin, Candu, Kodien & Metadon)
2.    Perangsang / Stimulants (Amfetamin, Methamfetamin, Ecstasy & Kokain)
3.    Penekanan / Depressants (Barbiturat, Trankuilizer, Alkohol)
4.    Hallucinogen (LSD, PCP, Meskalin, Psilosibin)
5.    Cannabis (Ganja, Hashish & Marijuana)

FAKTOR BERLAKUNYA PENYALAHGUNAAN DADAH
Terdapat beberapa faktor penglibatan penyalahgunaan dadah terutamanya di kalangan remaja. Antaranya ialah:
1.      Kekurangan Perhatian Daripada Ibu Bapa
Hal ini memang tidak dapat dinafikan terutamanya dalam era mengejar kesenangan hidup pada hari ini. Para ibu bapa sentiasa sibuk mencari nafkah bagi menampung kehidupan serta menyediakan keperluan asas yang bertaraf tinggi untuk keluarga. Secara tidak langsung, masa yang sepatutnya diluangkan bersama anak-anak menjadi terhad. Hal ini akan mengakibatkan remaja menikmati kebebasan yang keterlaluan kerana kegiatan mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa. Lama-kelamaan, kebebasan yang dikecapi akan membawa mereka ke lembah penagihan najis dadah.
2.      Pengaruh Rakan Sebaya
Hal ini demikian kerana kebanyakan masa remaja diluangkan bersama dengan rakan sebaya mereka. Oleh itu, pemilihan rakan yang sesuai haruslah dilakukan dengan bijaksana oleh setiap remaja. Sekiranya rakan sebaya yang digauli oleh mereka terlibat dalam pengambilan dadah, secara tidak langsung mereka sendiri akan terikut-ikut dengan sikap rakan mereka.Budaya ini harus dikikis kerana hanya akan menyebabkan gejala ini menjadi lebih serius. Para remaja perlu bersikap rasional pada setiap masa.
3.      Tekanan
Kini, remaja bukan hanya berhadapan dengan cabaran untuk belajar di sekolah semata-mata. Harapan yang tinggi oleh ibu bapa agar mereka mencapai prestasi yang cemerlang dalam pelajaran telah menjadi suatu tekanan yang hebat kepada remaja. Selain menghadiri kelas di sekolah, mereka terpaksa menghadiri kelas-kelas yang lain seperti kelas tuisyen, muzik, tarian, seni pertahanan diri dan sebagainya bagi memenuhi kehendak ibu bapa. Akibatnya, mereka tidak mempunyai masa yang tersendiri untuk beristirahat dan melakukan hobi yang digemari oleh mereka. Tekanan ini akan mendorong mereka mengambil dadah kerana kononya ingin mencari ketenangan jiwa. Mereka berpendapat bahawa pengambilan dadah dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka dalam sekelip mata sahaja.

4.      Kurang Pendidikan Agama
Pada masa sekarang, kebanyakkan remaja yang terlibat dengan dadah adalah disebabkan oleh kurangnya pendidikan agama. Hal ini berlaku kerana ibubapa tidak memberi perhatian kepada anak mereka. Tambahan lagi,  dalam dunia moden ini remaja terdedah dengan gejala-gejala sosial yang boleh merosakkan akal fikiran mereka. Kurangnya pendidikan agama menyebabkan remaja sesuka hati melakukan perkara yang telah dilarang oleh agama. Oleh itu, pendidikan agama amatlah penting bagi menghalang atau menghindari dari perbuatan yang dianggap hina.
5.      Pengaruh Media Cetak Dan Media Elektronik
Pada masa kini, remaja terdedah dengan media cetak dan media elektronik. Hal ini adalah kerana melalui kedua-dua media ini dapat memberikan maklumat atau bahan yang tidak diperolehi di sekolah mahupun di dalam buku teks sekolah. Walaubagaimanapun, kedua-dua media ini juga memberi pengaruh yang amat besar terhadap remaja hingga boleh mengubah tingkah laku serta akal fikiran mereka. Remaja bertindak melulu tanpa memikirkan perkara yang dibuat itu betul atau salah.
KESAN TERHADAP NEGARA SERTA LANGKAH MENGATASI
Terdapat pelbagai kesan penyalahgunaan dadah terhadap negara . Antaranya ialah:-

KESAN:

1.    Kesan terhadap ekonomi
Kerajaan terpaksa menanggung kos yang tinggi. Kos nyata termasuklah kos menyediakan kemudahan rawatan dan pemulihan penagih dadah. Seturusnya, kos bagi menyelenggara program-program pencegahan. Kos menuruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambahkan bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara dan hospital. Manakala, kos tidak nyata menyebabkan kerugian yang lebih besar yang mana sukar ditentukan jumlahnya, ketakutan dan kekecewaan yang dialami oleh masyarakat.

2.    Kesan terhadap kesihatan Negara
Penagihan dadah membawa risiko HIV/AIDS, dan sawan. Hal ini kerana, mereka menggunakan alat suntikan yang dikongsi dengan penagih lain. Selain itu, penagih dadah dikaitkan dengan penyakit psikosis dan ketidakstabilan. Hal ini, mendorong perkara diluar jangkaan seperti merompak, meragut, merogol dan membunuh. Keadaan ini, menjatuhkan imej negara dan pelaburan asing tidak berani untuk melabur di negara kita.

LANGKAH :

Terdapat pelbagai langkah untuk menghindari dari kegiatan penyalahgunaan dadah supaya ia berkurang dan kalau boleh di hapuskan sama sekali. Antaranya ialah:-
1.      Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat.
Misalnya memberi hukuman mati (gantung) bagi pengedar dadah.Tanpa pengedar dadah sudah tentu penagih akan sukar memperolehi bekalan dadah. Begitu juga, penagih dadah perlu dikenakan hukuman yang berat.Sebagai contoh, hukuman minima adalah 20 tahun penjara dan 15 kali sebat dan  hukuman maksima pula adalah 30 tahun penjara dan 15 kali sebat.  Jika melebihi daripada 50 gram dadah akan dikenakan hukuman mati (gantung). Manakala kesalahan bagi memakan dadah di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah Penggal 27, boleh dijatuhkan hukuman maksima 10 tahun penjara atau RM20,000.00 atau kedua-duanya sekali.
2.      Melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah.
Pihak yang berkenanaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam usaha untuk membanteras isu penyalahgunaan dadah perlu mengadakan pendidikan untuk mencegah. Sebagai contoh, mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan remaja tentang bahaya dadah dan kesedaran mereka. Selain itu, pihak yang berkenaan boleh mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti perkhemahan motivasi.
3.      Perlu mewujudkan kerjasama antara orang awam dan kerajaan.
Hal ini bertujuan orang awam dan kerajaan sentiasa berganding bahu untuk membanteras isu penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa terutama di kalangan golongan remaja. Sebagai contoh, masyarakat dan pihak kerajaan perlu prihatin serta bertindak segera dalam melaporkan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan. Ibu bapa perlu mengawasi dan bertanggungjawab dalam menjaga anak-anak mereka. Selain itu, kawalan kastam yang ketat perlu dilaksanakan.
4.      Penubuhan pusat pemulihan.
Pihak kerajaan juga telah menubuhkan pusat pemulihan yang bertujuan untuk memberi rawatan kepada penagih dadah. Sebagai contoh, kerajaan Brunei telah menubuhkan sebuah pusat pemulihan yang dikenali sebagai Pusat Al-Islah untuk merawat serta memulihkan pemikiran mental serta tingkah laku  mereka kepada jalan yang benar.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, dadah membawa banyak kesan yang buruk.Pengalahaangunaa dadah yang berpunca daripada banyak faktor mengakibatkan masalah sosial berlaku. Oleh itu, semua pihak hendaklah berganding bahu dan mengatur strategi untuk mengatasi masalah ini yang dianggap musuh utama Negara. Antaranya pihak yang bertanggungjawab terutamanya pihak kerajaan hendaklah mengatur langkah untuk menangani masalah tersebut. Namun ia tidak akan berjaya sekiranya kita sebagai rakyat tidak mahu berkerjasama untuk menbanteras. Ibu bapa perlu membimbing anak-anak mereka supaya menjauhi dadah. Kita perlu insaf bahawa masalah dadah boleh membebankan keluarga dan Negara. Akhirnya kita haruslah terus memerangi dadah agar masyarakat kita tidak menjadi lemah.

RUJUKAN
http://ms.wikipedia.org/wiki/Dadah

Dadah Mengapa Harus Di Jauhi : Penyalahgunaan dan Kesan Buruknya , Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Biro Kawalan Narkotik , Jabatan Perdana Menteri.


Dr Sabitha Marican dan Dr Mahmood Nazar Mohamed, Remaja Bebas Dadah : Peranan Remaja, Ibubapa dan Masyarakat ,2009.













LAMPIRAN





































SEKIAN TERIMA KASIH................